Sunday, October 1, 2017

APA ITU PEMERENGGANAN?

DEFINISI

Menurut Seri Lanang Jaya Rohani dan Dahlia Janan (2015), perenggan dianggap sebagai inti karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubungan.
  •  Dapat melihat idea sesuatu karangan dengan jelas dan tersusun.
  • Dapat difahami dengan adanya konsep binaan perenggan
  • Dapat melihat peringkat idea
Pemerengganan merupakan adalah suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Proses membina perenggan sama konsepnya dengan menulis sebuah karangan (Abu Hassan Abdul dan Abd Rashid Md Idris, 2012)

BINAAN PEMERENGGANAN

Tiga komponen asas:
  • Pengenalan
  • Isi
  • Penutup
Pengenalan

Bahagian pertama perenggan. Bahagian ini memerlukan ayat topik dan beberapa ayat lain pada awal perenggan yang mengandungi maklumat dan latar belakang (Sulaiman Masri, 2006).


 Ayat Penyataan
- Penegasan
- Alasan
 Contoh: 
Amalan bergotong-royong merupakan satu amalan mulia dalam kehidupan bermasyarakat yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
 Ayat Huraian
- Jenis Perbandingan
- Ibarat
- Faedah
 Contoh:
Aktiviti bergotong-royong ini dapat memupuk sikap tolong-menolong antara masyarakat. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 Ayat Rangsangan
- Memujuk perasaan
- Rasa ingin tahu
- Bentuk Penyoalan
Contoh:
 Untuk menggalakkan lagi aktiviti gotong-royong ini dilakukan, pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menarik minat orang ramai dalam aktiviti ini. Adakah semua langkah pihak kerajaan ini berkesan?
 Ayat Pandu/Arah
- Memandu pembaca tentang hala tuju karangan dan aspek yang ingin dibahaskan
Contoh:
Untuk memastikan langkah pihak kerajaan ini berkesan, kita sebagai masyarakat haruslah sama-sama menyokong usaha mereka dalam menggalakkan aktviti gotong-royong ini.




Isi

Perenggan isi ini adalah bertujuan untuk menghuraikan perbincangan yang telah dinyatakan di dalam perenggan pendahuluan. Dalam perenggan ini, penulis dapat membincangkan idea utama dengan menggunakan fakta, hujahan, analisis, contoh dan maklumat tambahan. Terdapat beberapa tugas yang perlu diambil kira dalam menjadikan perenggan isi lebih jelas dan dapat difahami pembaca iaitu :

Ayat topik
-Menyatakan isi (faktor, kesan, langkah)
Contoh:
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang lalai melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ayat huraian
-Menghuraikan sesuatu isi
Contoh:
Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .
Ayat contoh
-Memberikan contoh yang sesuai
Contoh:
Sebagai bukti, ibu bapa pada masa kini mementingkan materialistik semata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
Ayat sokongan
-Pernyataan yang menyokong ayat contoh yang telah diberikan
Contoh:
Hal ini menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tak diduga.
Ayat rumusan
-Membuat kesimpulan kecil
Contoh:
Jadi, ibu bapa seharusnya membimbing dan membentuk anak-anak mereka sejak kecil dengan memberikan didikan yang sempurna.

Penutup

Perenggan penutup sedikit berbeza dengan perenggan-perenggan yang lain. Ini kerana perenggan ini berfungsi sebagai mengakhiri penyampaian idea terhadap tajuk yang dibincangkan pada perenggan yang sebelumnya. Dalam perenggan ini perlu menunjukkan pandangan yang tegas serta harapan berkaitan dengan tajuk yang diperkatakan seperti dibawah:

Ringkasan
Contoh:
Tuntasnya, masalah pembuangan bayi yang berlaku pada masa kini disebabkan oleh  beberapa faktor.
Cadangan

Contoh:
Pelbagai pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.
Penegasan
Contoh:
Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai Wawasan 2020.
Harapan
Contoh:
Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.



 RUJUKAN

Seri Lanang Jaya Rohani dan Dahlia Janan. (2015). Terampil Berbahasa. Selangor Darul Ehsan: PTS One Publications and Distributors.

Abu Hassan Abdul dan Abd Rashid Md. Idris. (2012). BMK 3043: Seni Mengarang. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sulaiman Masri. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

No comments:

Post a Comment

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT

PENGERTIAN DIKSI Diksi atau kata nama lainnya dikenali sebagai pilihan kata merupakan pilihan kata yang dipengaruhi oleh keupaya...